ISL Minggu 1
Tarikh: 4-8 Januari 2010
Tajuk: Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Mokhtar Ismail; Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.
Tahap, status, nilai.
Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif.
Merangkumi skala ordinal atau skala selang.
Menentukan kedudukan / pencapaian murid.
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
ü Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
ü Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
ü Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
ü Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
q Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
q Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
q Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
q Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
KONSEP PENGUJIAN
v Ujian : Suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu individu (pelajar).
v Bahan ukur : Soalan yang kebolehpercayaan.
v Tujuan pengujian : mengesan kemajuan / pencapaian / penguasaan pelajar terhadap suatu bidang pelajaran.
v Alat pengukur :
1) Kognitif.
2) Psikomotor.
3) Afektif.
Penilaian / pencapaian pada tahap eksplisit : Perubahan tingkah laku yang nyata, menjawab secara lisan atau bertulis.
Peringkat pengujian :
1) Persediaan.
2) Pelaksanaan.
3) Pemeriksaan.
KONSEP PENILAIAN
Ø Proses pengumpulan maklumat.
Ø Proses membuat analisis.
Ø Selepas peperiksaan dan pentaksiran.
Ø Tindakan selanjutnya.
Prosedur :
1) Persediaan Ujian.
2) Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
3) Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
4) Buat Analisis.
5) Interpretasi / Dapatan / Tindakan.
Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah :
Mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajara yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
Menolong guru mengetahui sejuh manakah pelajar mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan .
Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.
Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemuliha dan pengayaan.
Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.
Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.
Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.
http://www.slideshare.net/rikdidik/konsep-pengujian-pentaksiran-dan-penilaian
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment